KARNIVAL KERJAYA KEBANGSAAN 2007

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 akan berlangsung dari 26 -29 Julai 2007 di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia. Majlis akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato´ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007 jam 8.30 pagi.

Pelbagai program telah diatur sepanjang karnival seperti pameran kerjaya dan pendidikan, ceramah, seminar kerjaya, keusahawanan, persediaan temuduga dan peluang melanjutkan pelajaran. Selain itu, sesi temuduga terbuka sebenar oleh majikan-majikan yang berpotensi juga akan diadakan.

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 merupakan satu inisiatif dalam usaha membuka ruang pendedahan maklumat-maklumat kerjaya dan pendidikan lanjutan terutama kepada para graduan dan bakal graduan. Ia juga merupakan program berpusat melibatkan pelbagai sektor dan mensasarkan pelbagai kumpulan sasaran dalam menangani isu marketability dan employability serta isu pembangunan kerjaya.

Dalam usaha meningkatkan modal insan sejajar dengan saranan Y.A.B Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 merupakan satu saluran yang amat penting bagi mengintegrasikan kerjasama antara agensi Kerajaan dengan pelbagai sektor industri/swasta/NGO dalam melaksanakan satu program bersepadu melibatkan pelbagai kumpulan sasaran.

Karnival ini juga dijangkakan dapat memberi impak yang cukup besar kepada para pelajar IPTA mahupun IPTS terutamanya para graduan dan bakal graduan dalam usaha membantu meraka mendapatkan maklumat lengkap berhubung dengan perkembangan kerjaya mereka. Setelah perlaksanaan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 ini, pencapaian disasarkan sekurang-kurangnya lebih 100,000 orang pelajar atau graduan seluruh negara akan mendapat pendedahan atau pengalaman berkaitan kerjaya sepanjang karnival berlangsung.

Objektif Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007:

  • Memberi peluang kepada pelajar/graduan untuk bersemuka dan berinteraksi dengan syarikat/agensi luar
  • Memberi pendedahan dan latihan intensif kepada pelajar/graduan dalam menyediakan resume yang berkualiti
  • Memberi pendedahan dan maklumat berkualiti berkenaan tatacara menghadiri temuduga kepada pelajar/graduan
  • Memberi ruang maklumat utnuk melanjutkan pelajaran.

 Pendaftaran syarikat dan pencari kerja

Syarikat yang menawarkan temuduga terbuka

Program karnival

Maklumat gerai niaga

Penginapan